Cari:
Yunnan dan Myanmar Bekerjasama Galakkan Pertanian Moden
2017-01-22 14:40:36 CRI Cetak

Selepas memeterai perjanjian dengan Universiti Pertanian Yunnan, Yezin Agricultural University (YAU) turut menandatangani perjanjian kerjasama strategik dengan Kumpulan Yuntianhua di Kunming, ibu kota provinsi Yunnan kelmarin.

Berdasarkan kepakaran masing-masing, kedua-dua pihak akan bersama-sama menggalakkan pemodenan sektor pertanian di Myanmar.

Menurut perjanjian kerjasama berkenaan, Kumpulan Yuntianhua akan memperkenalkan dan mempromosikan teknologi moden dari China, bahkan dunia di Myanmar, di samping menyediakan makmal penyelidikan dan latihan kepada YAU.

Manakala universiti itu pula akan memberikan sokongan dengan menyediakan tenaga profesional kepada syarikat China bagi meneroka pasaran pertanian Myanmar.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China