Jabatan Polis Indonesia mengumumkan pihaknya telah menahan 17 warganegaranya, termasuk dua orang kanak-kanak yang masing-masing berumur 2 dan 3 tahun, yang dihantar pulang oleh Turki kerana disyaki melalui Turki ke Syria untuk menganggota kumpulan ekstremis Negara Islam (IS).
Jurucakap Jabatan Polis Indonesia, Boy Rafly Amar berkata, pihak polis sedang menyiasat sama ada mereka ada kaitan dengan IS.
17 suspek itu ditahan sebaik sahaja tiba di lapangan terbang antarabangsa Jakarta dengan menaiki kapal terbang dari Istanbul.