Cari:
TPM: Tiga Negara Perangi Daesh
2017-01-27 14:02:17 CRI Cetak
Malaysia, Indonesia dan Filipina akan terus mening­katkan kerjasama bagi memburu dan membanteras akti­viti keganasan menerusi operasi bersepadu melibatkan pihak keselamatan ketiga-tiga negara.

Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menerima kunjungan perpisahan Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Herman Prayitno pada 26 Januari lalu.

Menurut Ahmad Zahid, ketiga-tiga negara itu sangat prihatin dengan isu ke­selamatan di rantau ini, terutama­nya melibatkan kumpulan pengganas Daesh yang bukan sahaja menimbulkan kekacauan, malah giat merekrut ahli-ahli baharu. Kerjasama membanteras aktiviti keganasan di rantau ini bermula dengan komitmen bersama yang ditunjukkan antara Filipina dan Indonesia.

Langkah proaktif ini telah di­mulakan antara Presiden Filipina, Rodrigo Duterte dan Presiden Indonesia, Joko Widodo dan kemudiannya kerjasama ini dipersetujui oleh Malaysia selepas Duterte bertemu dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam lawatan rasminya pada tahun lalu.

(sumber dari Utusan Online Malaysia)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China