Cari:
Guan Huabing Terima Lencana Persahabatan Kerajaan Laos
2017-01-27 13:03:32 CRI Cetak

Menteri Luar Laos, Saleumxay Kommasith yang mewakili Perdana Menteri Laos menganugerahkan lencana persahabatan kepada Duta Besar China ke Laos, Guan Huabing atas sumbangan beliau terhadap persahabatan dan kerjasama China-Laos serta pembangunan sosial Laos.

Dalam majlis berkenaan yang diadakan di Kementerian Luar Laos semalam, Ketua Bahagian Asia Pasifik dan Afrika Kementerian Luar Laos, Fongsamouth Anlavanh menyatakan bahawa sejak bulan Jun 2013, Guan Huabing sangat aktif mendorong persahabatan tradisional antara parti, kerajaan dan rakyat kedua-dua negara serta perkongsian strategik komprehensif China-Laos. Semua usaha murni beliau itu telah membuahkan hasil. Oleh itu, Presiden Laos telah mengeluarkan dekri Presiden yang memutuskan untuk menyampaikan lencana persahabatan kepada Guan Huabing.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China