Cari:
Aktiviti Perayaan TBC yang Meriah di Thailand
2017-01-28 15:16:05 CRI Cetak

Majlis perasmian aktiviti Tahun Baharu Cina yang Gembira ke-13 diadakan di taman Lumpini Bongkok, Thailand malam semalam. Seramai lebih seratus artis dari China telah mempersembahkan pertunjukan yang menarik kepada penonton Thailand.

Aktiviti ini dianjurkan bersama-sama oleh Kementerian Kebudayaan China, Kedutaan China ke Thailand, Kementerian Pelancongan dan Sukan Thailand serta Lembaga Pelancongan Thailand. Timbalan Perdana Menteri Thailand, Thanasak Patimaprakorn dan Duta Besar China, Ning Fukui menghadiri dan menyampaikan ucapan dalam majlis perasmian itu.

Thanasak dalam ucapannya merakamkan terima kasih atas sokongan kerajaan China kepada aktiviti itu serta mengucapkan selamat Tahun Baharu Cina kepada rakyat China.

Selepas majlis perasmian aktiviti itu berakhair, aktiviti yang mempamerkan masakan China yang unggul turut diadakan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China