Cari:
Mangsa Bot Catamaran Hilang Tiba di Kota Kinabalu
2017-01-30 12:16:15 CRI Cetak

Kumpulan pertama mangsa bot hilang jenis Catamaran yang membabitkan pelancong warga China ketika pelayaran dari Jeti Tanjung Aru ke Pulau Mengalum semalam, tiba di Kota Kinabalu, negeri Sabah awal pagi ini.

Dua puluh mangsa bersama-sama tiga yang terkorban dalam tragedi itu, diiringi kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), menaiki bot nelayan dan tiba di jeti Pasukan Polis Marin pada kira-kira 1.45 pagi tadi.

Konsulat Jeneral China di Sabah berkata, tiga warga China disahkan terkorban dalam tragedi tersebut.

Sebuah bot pelancong jenis Catamaran yang membawa 28 warga China dan tiga kru dilaporkan hilang di kawasan perairan Pulau Mengalum sejak pagi semalam.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Periuk Besi Jadi Alat Muzik

• Padang Sesawi Saujana di Yili, Xinjiang
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China