Cari:
Lima Penumpang China Masih Hilang
2017-02-03 12:18:22 CRI Cetak

Setakat ini, lima penumpang China yang dilaporkan hilang dalam kejadian bot karam di Malaysia masih gagal ditemukan.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih diteruskan oleh agensi penguatkuasaan Malaysia dan Brunei Darussalam di kawasan seluas 3,900 batu nautika persegi, berhampiran dengan negeri Sabah dan Sarawak serta negara Brunei Darussalam.

Menteri Pengangkutan Malaysia, Liow Tiong Lai semalam berkata, walaupun kerajaan sudah menetapkan peraturan dan piawaian berkenaan, namun penguatkuasaan terhadap operasi bot dan feri tidak ketat. Beliau telah mengeluarkan arahan kepada jabatan pengangkutan negeri Sabah untuk menjalankan siasatan secara menyeluruh terhadap kejadian tersebut.

Duta Besar China ke Malaysia, Huang Huikang ketika menziarahi 20 orang mangsa warga China yang berjaya diselamatkan berkata, pelbagai agensi penguatkuasaan tidak akan berputus asa dalam usaha mengesan mangsa yang masih hilang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China