Cari:
Standard Kad Cip UnionPay Menjadi Satu-satunya Standard Persekutuan Pembayaran Myanmar
2017-02-04 15:41:17 CRI Cetak

UnionPay Antarabangsa menandatangani perjanjian pemberian mandat standard kad cip dengan Persekutuan Pembayaran Myanmar (MPU) semalam. Dengan itu, standard kad cip UnionPay menjadi standard teknik yang satu-satunya bagi persekutuan tersebut.

Pegawai UnionPay China memamklumkan, sistem pembayaran kad bank negara Laos dan sistem pengantaraan domastik Thailand (TPN) yang dibina berdasarkan standard UnionPay telah beroperasi pada masa ini. Standard UnionPay juga telah menjadi standard kad cip rentas sempadan bagi tujuh anggota Persekutuan Pembanyaran Asia (APN). Rangkaian pengantara perdana di Singapura, Korea Selatan, Malaysia, Indonesia dan Filipina telah mendapat mandat srandard kad cip UnionPay pada tahun lalu.

Persekutuan Pembayaran Myanmar terdiri daripada semua bank komersial di negara itu. Pertubuhan kad bank yang satu-satunya di Myanmar itu menggunakkan standard domestik pada masa dulu dan kadnya hanya boleh digunakan dalam negara itu. Standard UnionPay terpilih sebagai standard baharu melalui tender tahun lalu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran
Dengar Dalam Talian

• PM Li Sampaikan Laporan Kerja Kerjaan dalam NPC

• Sungai Khalkhyn
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China