Cari:
Duterte Tamatkan Gencatan Senjata Sepihak dengan Parti Komunis Filipina
2017-02-04 15:57:50 CRI Cetak

Setelah Parti Komunis Filipina (CPP) mengumumkan akan menamatkan gencatan senjata sepihak dengan kerajaan pada 10 Februari lalu, Presiden Filipina Rodrigo Duterte mengumumkan segera menamatkan gencatan senjata semalam.

Duterte menyatakan kesal atas kegagalan rundingan damai antara kerajaan dengan CPP. Menurut beliau, disebabkan Tentera Rakyat Baharu yang dipimpin oleh CPP terus menyerangi tentera kerajaan dan mengakibatkan korban, kerajaan menamatkan gencatan senjata sepihak dengan CPP sejak tengah malah 3 Februari.

Pada 1 Februari lalu, CPP mengeluarkan kenyataan yang berbunyi, disebabkan Duterte tidak memenuhi permintaan CPP untuk membebaskan ratusan orang tahanan politik, bahkan menawan wilayah CPP dalam tempoh gencatan senjata, pihaknya memutuskan menamatkan gencatan senjata sepihak dengan kerajaan pada 10 Februari nanti.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Periuk Besi Jadi Alat Muzik

• Padang Sesawi Saujana di Yili, Xinjiang
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China