Cari:
Malaysia Komited Jamin Keselamatan Pelancong
2017-02-04 15:41:03 CRI Cetak

Pegawai Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Malaysia semalam menyatakan bahawa kerajaan negeri Sabah telah menubuhkan jawatankuasa penyiasatan bersama-sama yang terdiri daripada pelbagai badan berkenaan untuk menyiasat punca kemalangan bot karam kali ini dan mengambil langkah berkesan untuk menstandardkan pasaran pelancongan bagi menjamin keselamatan pelancong dari pelbagai negara.

Pegawai tersebut berkata, setelah kemalangan bot karam berlaku, negeri Sabah segera mengaktifkan mekanisme kecemasan dan mengekalkan hubungan rapat dengan Kedutaan Besar China di Malaysia dan Konsulat Awam China di Kota Kinabalu. Pihaknya berusaha mencari dan menyelamat mangsa yang terhilang, di samping mengadakan kerja susulan berkaitan penumpang China yang diselamatkan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China