Cari:
Duterte Tamatkan Rundingan Damai dengan CPP
2017-02-05 14:55:57 CRI Cetak

Sehari selepas mengumumkan menamatkan gencatan senjata secara sepihak dengan Parti Komunis Filipina (CPP), Presiden Filipina, Rodrigo Duterte semalam mengumumkan lagi bahawa kerajaannya akan menarik diri daripada rundingan damai dengan Garisan Demokratik Kebangsaan Filipina pimpinan CPP yang dijadualkan diadakan di Belanda bulan ini.

Duterte di bandar Dovao menyatakan, beliau telah berusaha sedaya-upaya untuk menjayakan rundingan damai, namun beliau tidak dapat memenuhi permintaan CPP untuk membebaskan kira-kira 400 orang tahanan politik. Beliau telah mengarahkan pasukan tenteranya "membuat persiapan untuk pertempuran jangka panjang".

Sejak menjawat jawatan Presiden, Duterte selalu menggalakkan rundingan damai antara kerajaan dengan CPP. Kedua-dua pihak pernah mengumumkan gencatan senjata secara sepihak sebelum rundingan damai. Namun, perjanjian gencatan senjata gagal dicapaikan dalam rundingan di Rom pada bulan Januari lalu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China