Cari:
Pelancong Tragedi Bot Karam Sabah Pulang ke China
2017-02-06 16:42:11 CRI Cetak

Konsulat Jeneral China di Kota Kinabalu Malaysia mengumumkan bahawa empat pelancong China yang terselamat dalam tragedi bot karam telah bertolak pulang ke tanah air pada awal pagi ini.

Konsul Besar China di Kota Kinabalu Malaysia, Chen Peijie turut menghantar pelancong China berkenaan dan keluarga mereka ke lapangan terbang.

Selepas tragedi itu berlaku, Pejabat Konsulat China di Kota Kinabalu mengambil tindakan segera untuk menggesa pihak Malaysia agar menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi menyelamatkan mangsa.
Pada ketika ini, pelancong China yang cedera sedang menerima rawatan di hospital dan berada dalam keadaan stabil.
Mereka dijangka pulang ke China tidak lama lagi. Setakat ini, operasi SAR masih dijalankan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China