Sarjana dan pakar Filipina mengadakan forum yang bertemakan "penilaian terhadap dasar luar Rodrigo Duterte" di Manila semalam.
Sesetengah sarjana berpendapat bahawa dasar luar yang dilaksanakan oleh kerajaan terdahulu, iaitu menjadi "ejen" Amerika Syarikat (AS) di Asia Pasifik, tidak boleh diteruskan.
Penganalisis yang juga penulis Filipina, Adolfo menyatakan bahawa suara yang menentang dasar luar Presiden Duterte mulai kedengaran di negara itu sejak kebelakangan ini.
Menurut beliau, pungutan suara yang dijalankan oleh satu kumpulan pemikir tempatan pada Disember tahun lalu menyebut, dasar luar Filipina yang bebas terlalu jauh daripada pendapat rakyat Filipina.
Tambah beliau, Perjanjian Peningkatan Kerjasama Pertahanan (EDCA) antara AS dengan Filipina menjadikan Filipina sebagai "ejen" AS di Asia Pasifik.
Sebaliknya, "perlindungan" AS kepada negara itu adalah untuk kepentingan AS, bukan Filipina.
Oleh itu, Filipina tidak boleh lagi menjadi sekutu yang "tidak stabil" seperti itu.