Cari:
Malaysia, Negara Asia Tenggara Paling Awal Sambut Baik Inisiatif B&R
2017-02-10 14:41:12 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Malaysia adalah antara negara Asia Tenggara yang paling awal menyambut baik inisiatif "Jalur dan Laluan"(B&R), dan memperoleh manfaat daripada inisiatif itu.

Demikian dinyatakan Duta Besar China ke Malaysia, Huang Huikang dalam satu temu bual dengan wartawan baru-baru ini.

Menurut Duta Besar China itu, kerjasama antara China dengan Malaysia mempunyai asas yang kukuh berdasarkan sejarah dan situasi semasa.

Jumlah perdagangan dua hala mencecah USD100 bilion (RM444 bilion) setiap tahun.

Malaysia merupakan rakan dagang keenam terbesar bagi China selepas Amerika Syarikat (AS), Jepun, Korea Selatan, Jerman dan Australia.

Manakala, China pula merupakan sumber pelaburan asing kedua terbesar bagi Malaysia.

Selain itu, e-dagang dan sektor perikanan bakal menjadi tunggak baharu dalam memperkasakan kerjasama China dan Malaysia pada masa akan datang.

Tambah beliau, beberapa inisiatif bakal dilaksanakan kedua-dua negara bagi merancakkan lagi interasi sosiobudaya dalam kalangan rakyat.

Antara inisiatif tersebut termasuklah menubuhkan Pusat Kebudayaan China di Malaysia pada tahun 2017 dan menghantar kumpulan kebudayaan dan kesenian yang berprestasi tinggi ke Malaysia bagi meningkatkan interaksi kumpulan pemikir dan belia antara kedua-dua negara. 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China