Cari:
Filipina Rancang Dasar VOA untuk Pelancong China
2017-02-13 15:02:38 CRI Cetak

Menteri Pelancongan Filipina, Wanda Corazon Teo baru-baru ini menyatakan bahawa pihaknya sedang merancang untuk melaksanakan dasar visa semasa ketibaan (VOA) untuk pelancong China bagi merealisasikan matlamat menarik satu juta pelancong China pada tahun ini.

Selepas menghadiri majlis perasmian Ekspo Pelancongan ke-24 di Manila, Teo berkata, selain dasar VOA itu, pihaknya juga akan mengadakan lebih banyak aktiviti promosi di China serta membuka lebih banyak laluan penerbangan kepada pelancong China ke Filipina agar jumlah pelancong China ke Filipina dapat mencecah satu juta.

Menurut data yang diumumkan Kementerian Pelancongan Filipina baru-baru ini, China telah menjadi sumber pelancong ketiga terbesar bagi Filipina pada tahun 2016, selepas Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS).

Jumlah pelancong China ke Filipina pada tahun 2016 meningkat 37.7 peratus berbanding dengan tempoh yang sama tahun 2015, dengan mencatat 675.7 ribu orang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China