Cari:
CRI Meterai MoA dengan Media Filipina
2017-02-15 14:30:50 CRI Cetak

Presiden Radio Antarabangsa China (CRI), Wang Gengnian yang mengetuai delegasi ke Filipina telah memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) dengan Kementerian Hal Ehwal Komunikasi Jabatan Presiden Filipina (PCOO), Stesen Radio Filipina (RNB), Stesen Televisyen Rakyat Filipina (PTV) dan Agensi Berita Filipina (PNA) semalam.

Kerjasama tersebut merupakan kerjasama pertama antara media milik negara China dengan media milik negara Filipina sejak Presiden negara itu, Rodrigo Duterte melawat ke China tahun lalu.

Menurut Wang Gengnian, CRI menyiarkan pelbagai maklumat kepada seluruh dunia dalam 65 jenis bahasa setiap hari.

Siaran bahasa Tagalog yang telah dipancarkan selama 52 tahun berjaya meningkatkan persefahaman dan persahabatan antara rakyat kedua-dua negara.

Tambah beliau, media China-Filipina mempunyai keazaman yang kuat dan perkara tersebut selaras dengan hubungan bilateral China-Filipina yang terus berkembang.

Setelah perjanjian tersebut ditandatangani, kedua-dua pihak akan memulakan kerjasama dalam bidang perkongsian maklumat, lawatan, pertukaran teknologi serta penghasilan program bersama.

Timbalan Menteri PCOO, Noel Puyat pula berkata, pihaknya menyanjung tinggi usaha CRI untuk menggalakkan kerjasama antara media kedua-dua negara, dan berharap dengan adanya kerjasama ini, lebih banyak rakyat Filipina dapat memahami kebudayaan China, di samping menggalakkan lebih banyak rakyat China memahami kebudayaan Filipina.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China