Pilihan Raya Ketua Daerah (Pilkada) telah diadakan di seluruh Indonesia semalam. Dilaporkan bahawa tidak terdapat seorang calon memperoleh undi majoriti melebihi 50 peratus dalam pemilihan jawatan Gabenor dan timbalan Gabenor wilayah Jakarta, ibu negara Indonesia. Pengundian pusingan kedua dijangka akan berlangsung pada bulan April atau Mei nanti.
Menurut keputusan yang diumumkan oleh agensi pengiraan undi pada pukul 7.00 malam semalam waktu tempatan, Basuki Tjahaja Purnama (Ahok) dan Djarot Saiful Hidayat telah memperoleh 44 peratus, lebih 4 peratus berbanding dengan calon yang menduduki tempat kedua, iaitu Anies Baswaden dan Sandiaga Uno, yang meraih kira-kira 40 peratus undi.
Menurut peraturan pemilihan yang diumumkan Jawatankuasa Pilkida, nasib kedua-dua calon tersebut akan ditentukan dalam pengundian pusingan kedua yang bakal diadakan pada bulan April atau Mei nanti.