Cari:
BOC Jadi Pilihan Utama Perkhidmatan Kewangan RMB di Indonesia
2017-02-17 11:22:51 CRI Cetak

Bank of China (BOC) cawangan PIK Jakarta dirasmikan semalam. Sebagai syarikat China yang paling awal memasuki Indonesia, BOC telah membuka tujuh buah cawangan di Jakarta.

Pengurus BOC cawangan Jakarta yang juga Ketua Persatuan Perdagangan China di Indonesia Zhang Min memaklumkan, BOC cawangan Jakarta menyokong sektor tenaga, pengangkutan dan pembinaan infrastruktur Indonesia, termasuk Perusahaan Listrik Negara (PLN), Pertamina, Syarikat Penerbangan Garuda. Pihaknya telah menjadi penyokong kuat bagi pembangunan sosioekonomi Indonesia.

Pada masa yang sama, BOC juga telah menjadi rakan kerjasama pilihan utama bagi syarikat China yang melabur di Indonesia dan pembekal wang tunai RMB yang terbesar di Indonesia.

Antara keunggulan BOC dalam perkhidmatan kewangan termasuklah penjelasan dan deposit RMB, di samping telah menjadi pilihan utama perkhidmatan kewangan RMB di negara itu.

BOC cawangan Jakarta ditubuhkan pada 15 April 2003 berdasarkan MoU antara BOC dengan Bank Pusat Indonesia. Kini, BOC telah berjaya membuka sembilan buah cawangan di Jakarta, Surabaya dan Medan, selain memiliki lebih 200 staf dan turut menyediakan perkhidmatan dalam bahasa Mandarin.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China