Cari:
Import Fujian dari ASEAN Naik 73.1 Peratus
2017-02-17 14:25:25 CRI Cetak

Kastam Xiamen China memaklumkan, perdagangan import dan eksport Xiamen dengan ASEAN mencatat USD2.27 bilion (RM10.1 bilion) pada bulan Januari, meningkat 15 peratus, antaranya import dari ASEAN naik 73.1 peratus. Peningkatan import produk pertanian, bijih besi dan arang batu amat ketara, dan produk-produk ASEAN tersebut adalah yang paling banyak dieksport ke China.

Berdasarkan statistik Jabatan Kuarantin Xiamen, import provinsi Fujian dari Malaysia sahaja telah meningkat kira-kira 50 peratus pada bulan Januari, dengan mencatat USD27.2 juta (RM121 juta). Litar bersepadu, kad antara muka rangkaian (NIC), wayar getah, minyak kelapa sawit, kopi dan minyak sayur-sayuran merupakan produk utama yang dibawa masuk ke Fujian dari Malaysia.

Sebagai kawasan strategik dalam Laluan Sutera Maritim, Fujian menggunakan kelebihan geografinya untuk meningkatkan kesalinghubungan dengan ASEAN. Pada masa yang sama, pembangunan zon perdagangan bebas Fujian juga menyediakan peluang baik bagi produk negara-negara ASEAN untuk memasuki pasaran Fujian.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China