Cari:
Pameran Hasil Pembangunan Tenaga Elektrik Kemboja Diadakan
2017-02-17 15:37:35 CRI Cetak

Pameran Hasil Pembangunan Tenaga Elektrik Kemboja hasil bantuan syarikat China yang dianjurkan oleh Persatuan Syarikat Tenaga Elektrik Persatuan Perdagangan China di Kemboja telah diadakan di Phnom Penh semalam.

Menteri Industri, Galian dan Tenaga, Suy Sem, Duta Besar China ke Kemboja, Xiong Bo, ahli Persatuan Syarikat Tenaga Elektrik Persatuan Perdagangan China di Kemboja serta wakil dari Universiti Diraja Phnom Penh telah menghadiri upacara perasmian pameran itu.

Suy Sem menyatakan bahawa pameran tersebut akan membantu rakyat Kemboja untuk memahami keistimewaan dan kepentingan loji janakuasa hidroelektrik. Dengan membandingkan kesan pembinaan loji janakuasa hidroelektrik terhadap alam sekitar dan masyarakat, akan membantu pemahaman rakyat mengenai manfaat dan kerugian negara.

Menurut Xiong Bo, tenaga elektrik merupakan tenaga asas dan penting bagi sesebuah negara. Syarikat China banyak menyertai pembinaan infrastruktur tenaga elektrik di Kemboja dan berjasa dalam menyelesaikan isu kekurangan bekalan tenaga elektrik di Kemboja. Usaha syarikat China itu telah membawa faedah kepada rakyat dan juga memberi sumbangan kepada pembangunan sosioekonomi, peningkatan taraf hidup rakyat, sekali gus mengeratkan persahabatan antara kedua-dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China