Cari:
DPRK Perlu Patuh Undang-undang Malaysia Berkaitan Bedah Siasat Kim Jong Nam
2017-02-18 15:41:20 CRI Cetak

Republik Demokratik Rakyat Korea (DPRK) perlu mematuhi peruntukan undang-undang Malaysia berhubung proses bedah siasat di negara ini, kata Menteri Kesihatan Malaysia Datuk Seri Dr S.Subramaniam Hari Ini.

Beliau berkata Kabinet pada Rabu memutuskan bahawa proses forensik terhadap mayat Kim Jong-nam, perlu diteruskan kerana kematian abang kepada pemimpin utama Korea Utara Kim Jong-un itu, berlaku di Malaysia.

Duta Besar DPRK ke Malaysia, Kang Chol malam semalam menyatakan bahawa DPRK tidak akan mengakui laporan autopsi terhadap lelaki negara itu yang meninggal di Malaysia sebab Malaysia melakukan autopsi tersebut tanpa izinan dari DPRK.

Kang Chol menyatakan kepada media di luar Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur yang menyimpan mayat lelaki tersebut bahawa DPRK pernah menolak permintaan autopsi Malaysia sebab mangsa tersebut memegang pasport diplomat. Malaysia melakukan autopsi tanpa keizinan DPRK dan tanpa kehadiran wakil pihaknya. Oleh itu, laporan autopsi tidakan akan diiktiraf oleh negara itu. Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan nama lelaki tersebut dalam kenyataan.

Berdasarkan kenyataan tulisan yang diberikan oleh Kang Chol kepada media, Malaysia pernah janji jikalau DPRK mengeluarkan permohonan kepada Kementerian Luar, mayat lelaki tersebut akan dikembalikan kepada DPRK. Bagaimanapun permohonan tersebut dari DPRK hingga sekarang belum mendapat jawaban.

Kang Chol juga mengecam Korea Selatan mencemarkan DPRK dengan menggunakan peristiwa kali ini dan berharap kerajaan Malaysia mengelakkan diri daripada komplot "musuh" negara itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China