Cari:
Tentera Myanmar Akhiri Tindakan Pembanterasan di Maungdaw
2017-02-19 15:28:20 CRI Cetak

Baru-baru ini, kerajaan Myanmar telah mengumumkan kemajuan dalam tindakan yang membanteras pengganas di Maungdaw Rakhine. Taklimat berkenaan menyatakan bahawa dalam tindakan tentera Myanmar yang berakhir di tempat tersebut, seramai 69 anggota pasukan militan ditembak mati dan hampir 600 orang yang disyaki terlibat serangan keganasan ditangkap, manakala terdapat 17 orang polis tentera dan 13 orang penduduk maut.

Pejabat Menteri Penasihat Myanmar mengeluarkan taklimat malam kelmarin bahawa sejak kejadian keganasan berlaku di Maungdaw pada 9 Oktober tahun lalu, tentera polis dan pasukan militan bertempur sebanyak 20 kali, yang menyasikan 7 askar, 10 polis dan 13 penduduk terkorban.

Menurut taklimat itu, tentera Myanmar sekarang tidak berada di Maungdaw untuk menjalankan sebarang tindakan, sedangkan pihak polis sebagai penguatkuasa bertanggungjawab memelihara keselamatan dan kestabilan di kawasan sempadan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China