Cari:
China Sedia Naik Taraf Hubungan dengan ASEAN
2017-02-20 14:45:04 CRI Cetak

Menteri Luar China, Wang Yi ketika menghadiri mesyuarat menteri luar Kumpulan 20 (G20) telah menemui rakan sejawatnya dari Indonesia, Retno Marsudi di Bonn.

Wang berkata, hubungan China-ASEAN telah memasuki tempoh 25 tahun yang baharu sempena ulang tahun ke-50 penubuhan ASEAN.

China komited untuk berusaha bersama-sama dengan negara-negara ASEAN termasuk Indonesia, memfokuskan kerjasama dan menghindari sembarang gangguan bagi menaiktarafkan hubungan China-ASEAN.

Beliau menambah, China bersedia untuk mempercepat rundingan Kod Tatalaku di Laut China Selatan (CoC) berdasarkan Deklarasi Tatalaku Pihak-pihak Berkaitan di Laut China Selatan (DoC).

Retno Marsudi pula berkata, pihaknya menyambut baik usaha China dan ASEAN untuk bergabung tenaga dalam menggalakkan rundingan CoC, di samping komited untuk mengekalkan koordinasi dengan China, meningkatkan kerjasama maritim dan memberikan isyarat positif kepada pihak luar dengan membuktikan kemampuan kedua-dua pihak dalam memelihara keamanan dan kestabilan di Laut China Selatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China