Cari:
ASEAN Komited Muktamadkan CoC Tahun Ini
2017-02-22 13:41:07 CRI Cetak

Para peserta Mesyuarat Menteri Luar ASEAN ke-50 yang diadakan di pulau Boracay, Filipina menyatakan bahawa mereka komited untuk melaksanakan Deklarasi Tatalaku Pihak-pihak Berkaitan di Laut China Selatan (DoC) secara menyeluruh dan memuktamadkan Kod Tatalaku di Laut China Selatan (CoC) menjelang pertengahan tahun ini.

Menteri Luar Filipina, Perfecto Yasay dalam sidang akhbar selepas mesyuarat berkenaan berkata, terdapat sesetengah negara yang hadir dalam mesyuarat kali ini menyatakan kebimbangan mengenai situasi di Laut China Selatan.

Namun, mereka bersepakat akan terus mengekalkan dialog dengan negara-negara terbabit.

Para peserta berazam untuk terus meningkatkan rasa saling mempercayai antara negara-negara terlibat bagi menyelesaikan pertikaian secara damai.

Dari segi hubungan antara Filipina dengan China, Manila berpendapat bahawa keputusan kes timbang tara di Laut China Selatan perlu diketepikan.

Isu Laut China Selatan tidak mewakili keseluruhan hubungan kedua-dua negara tersebut.

Filipina dan China perlu memberikan perhatikan kepada hubungan dua hala, khususnya ekonomi dan pelaburan demi manfaat rakyat kedua-dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China