Cari:
Mesyuarat Kerjasama Bilateral China-Singapura Bakal Diadakan di Beijing
2017-02-23 12:53:09 CRI Cetak
Siri mesyuarat kerjasama bilateral China-Singapura akan diadakan di Beijing pada 27 Februari ini. Naib Perdana Menteri China, Zhang Gaoli dan rakan sejawatnya dari Singapura, Teo Chee Hean akan bersama-sama mempengerusikan siri mesyuarat tersebut.

Antara siri mesyuarat itu ialah Mesyuarat ke-13 Jawatankuasa Bersama Kerjasama Bilateral China-Singapura, Mesyuarat ke-18 Majlis Penyelarasan Bersama Taman Industri Suzhou China-Singapura, Mesyuarat ke-9 Majlis Penyelarasan Bersama Bandar Ekologi Tianjin China-Singapura, dan Mesyuarat pertama Majlis Penyelarasan Bersama Program Kesalinghubungan Strategik (Chongqing) China-Singapura.

Demikian dikatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang dalam sidang media semalam.

Beliau berkata, Singapura merupakan anggota penting dalam ASEAN. China dan Singapura telah menjalinkan hubungan rakan kerjasama dalam pelbagai bidang.

China mementingkan hubungan dengan Singapura dan sentiasa bersama-sama dengan Singapura untuk meningkatkan rasa saling mempercayai dalam politik, kerjasama pragmatik dan mendorong hubungan kedua-dua pihak terus berkembang dengan sihat dan stabil.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China