Mesyuarat kumpulan kerja bagi melaksanakan Deklarasi Tatalaku Pihak-pihak Berkaitan di Laut China Selatan (DoC) ke-19 bakal diadakan di Bali, Indonesia.
Para peserta akan mengadakan perbincangan mengenai pelaksanaan DoC, menggalakkan kerjasama maritim, dan rundingan Kod Tatalaku di Laut China Selatan (CoC).
Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang dalam sidang akhbar di Beijing semalam.
Menurut beliau, dengan usaha bersama China dan negara ASEAN, situasi di Laut China Selatan semakin reda.
China komited untuk melaksanakan DoC, menggalakkan rundingan mengenai CoC dan menyelesaikan penyusunan rangka CoC menjelang pertengahan tahun ini, supaya memuktamadkan CoC dengan secepat mungkin.