Pelan Tindakan Tingkatkan Daya Saing Sektor Perkhidmatan Logistik Vietnam 2025 yang ditandatangani Perdana Menteri Vietnam baru-baru ini dijangka akan menggalakkan perkembangan sektor logistik negara itu menjadi industri perkhidmatan yang bernilai tambah tinggi.
Lokasi Vietnam yang terletak di pusat rantau ASEAN merupakan satu kelebihan untuk menjadi pusat pengangkutan kargo ke Asia Timur Laut, Asia Selatan, Asia Tenggara, Amerika dan Atlantik.
Sebagai "nadi" pembangunan ekonomi dan jambatan perdagangan antara pasaran dalam negeri dengan pasaran global, industri logistik Vietnam kini masih belum berkembang ke tahap yang sepatutnya.
Sekarang syarikat perkhidmatan logistik di seluruh Vietnam hanya 1,500 buah, dan menyumbang 3 peratus dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), namun kos operasinya menduduki 20 hingga 25 peratus dalam KDNK negara itu.
Oleh itu, sektor logistik akan memberikan sumbangan yang lebih besar bagi meningkatkan daya saing Vietnam sekiranya kos tersebut dapat dikurangkan.