Cari:
Indonesia Janji Kurangkan Sampah Plastik di Laut
2017-02-25 15:00:01 CRI Cetak

Indonesia akan mengurangkan 70% sampah plastik di kawasan perairan lautnya menjelang tahun 2025.

Demikian dinyatakan oleh Menteri Penyelarasan Hal-ehwal Laut Indonesia, Luhut Panjaitan dalam Sidang Kemuncak Laut 2017 yang dianjurkan oleh majalah "The Economist" di Bali pada 23 Februari lalu.

Kerajaan Indonesia akan memperuntukkan USD1 bilion setahun untuk melaksanakan tindakan tersebut.

Indonesia mempunyai lebih 17 ribu buah pulau. Menurut laporan media tempatan, sebagai sumber sampah plastik di laut yang kedua terbesar di dunia, Indonesia setiap tahun melepaskan 1.3 juta tan sampah plastik ke laut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Periuk Besi Jadi Alat Muzik

• Padang Sesawi Saujana di Yili, Xinjiang
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China