Menurut pengumuman UnionPay International semalam, syarikat itu telah mencapai persetujuan kerjasama dengan Metrobank Filipina, institusi kewangan kedua terbesar di negara itu.
Semua pelanggan bank tersebut boleh menggunakan kad UnionPay dan perkhidmatan "Quick Pass" sebelum penghujung September tahun ini.
Setakat ini, ketiga-tiga institusi kewangan terbesar di Filipina telah memulakan transaksi "UnionPay" dan semua mesin ATM turut menerima kad yang tertera logo "UnionPay".
Menurut pegawai UnionPay China, syarikat itu akan terus bekerjasama dengan Metrobank dan menyediakan perkhidmatan kewangan yang lebih fleksibel dan selamat kepada semua pelanggan di Filipina.