Cari:
Kerjasama Institusi Perbankan China-Indonesia Diperkasakan
2017-02-27 13:39:44 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Kerjasama kewangan sudah menjadi pemacu baharu dalam kerjasama bilateral China-Indonesia pada masa ini.

Penubuhan Syarikat Bank Pembinaan China (CCB) cawangan Indonesia bakal memberikan lebih banyak pilihan kepada syarikat Indonesia untuk menjalankan aktiviti pelaburan dan pengumpulan modal, sekali gus memacu pertumbuhan ekonomi negara itu.

Demikian dinyatakan Duta Besar China ke Indonesia, Xie Feng pada majlis perasmian CCB di Indonesia baru-baru ini.

Menurut beliau, China dan Indonesia telah memeterai perjanjian pertukaran mata wang yang bernilai USD18.92 bilion.

Syarikat rakan kerjasama di Indonesia kini mempunyai lebih banyak pilihan untuk memperoleh dana berikutan semakin banyak bank China menubuhan cawangan mereka di Indonesia.

Tambah beliau, institusi perbankan kedua-dua negara juga telah menjalinkan kerjasama bagi meningkatkan keyakinan pasaran kewangan dan menstabilkan nilai rupiah.

Dalam pada itu, Bank Pembangunan China (CDB) telah memberikan pinjaman penuh yang bernilai USD3 bilion kepada Bank Negara Indonesia, Bank Rakyat Indoensia dan Bank Mandiri bagi tempoh 10 tahun.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China