Cari:
China Sokong Syarikat Sertai Bidaan Projek HSR KL-Singapura
2017-02-28 11:57:13 CRI Cetak

Jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang semalam berkata, projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura amat bermakna bagi kesalinghubungan serantau dan merupakan projek kerjasama penting dalam rangka inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R).

Timbalan Perdana Menteri Singapura, Teo Chee Hean ketika diwawancara oleh media China memaklumkan, Singapura berusaha untuk memperkukuh perkongsian ASEAN-China dan mengalu-alukan syarikat China mengemukakan bidaan yang kompetitif bagi projek HSR KL-Singapura.

Geng Shuang berkata, projek HSR KL-Singapura amat signifikan bagi kesalinghubungan serantau.

China berbesar hati dengan pengiktirafan Singapura dan Malaysia terhadap keupayaan China dalam pembinaan kereta api laju, selain akan terus menggalakkan syarikat China menyertai bidaan projek berkenaan.

China akan menyokong syarikat China mengemukakan bidaan untuk projek itu, di samping mengharapkan sokongan padu daripada kedua-dua negara tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China