Cari:
Thailand Berusaha Kurangkan Kesesakan Lapangan Terbang
2017-03-01 15:49:26 CRI Cetak

Menurut laporan Universal Daily News Thailand, Gabenor Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand, Yuthasak-Supasorn baru-baru ini menyatakan bahawa beliau akan meninjau lapangan terbang Phuket dan mengadakan rundingan dengan jabatan berkenaan untuk mengurangkan kesesakan di lapangan terbang itu.

Difahamkan, pelancong asing adakalanya terlewat disebabkan kesesakan di Lapangan Terbang Suvarnabhumi dan lapangan terbang Phuket.

Keadaan tersebut telah mencalar imej sektor pelancongan Thailand.

Selain itu, kesesakan di lapangan terbang juga mengganggu jadual penerbangan, malah kedai bebas cukai yang terdapat di dalamnya.

Yuthasak-Supasorn berkata, sektor pelancongan Thailand sedang berkembang pesat.

Oleh itu, jabatan pelancongan harus menyelesaikan masalah kesesakan di lapangan terbang, meningkatkan kecekapan dan menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada para pelancong.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China