Cari:
Media Singapura Fokus Laporan Kerja Kerajaan China
2017-03-06 13:15:41 CRI Cetak

Persidangan ke-5 Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) ke-12 dirasmikan di Beijing semalam.

Laporan kerja kerajaan yang dibentangkan Perdana Menteri, Li Keqiang dalam majlis perasmian NPC telah menjadi tumpuan media Singapura.

Sebelum laporan itu dikeluarkan, Lianhe Zaobao Singapura telah menyiarkan rencana pada 4 Mac lalu yang membuat ramalan mengenai ekonomi China.

Rencana itu memetik pendapat penganalisis sebagai berkata, kadar pertumbuhan ekonomi China dijangka pada sekitar 6.5 peratus.

Rencana itu juga menyatakan bahawa seiring dengan prestasi pertumbuhan ekonomi China yang semakin baik dan tekanan yang semakin kurang, kerajaan China mempunyai peluang dan ruang untuk menyusun semula dasar ekonomi.

Semalam, laman web Lianhe Zaobao telah membuat liputan mengenai persidangan NPC dan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) yang sedang diadakan di Beijing, dan kandungan liputan tersebut merangkumi bidang ekonomi, perlindungan alam, tadbir urus sosial, risiko kewangan dan perpaduan negara.

Selain itu, laman web The Straits Times telah mengatur senarai tajuk di posisi yang menonjol yang berkaitan dengan laporan kerja kerajaan China serta menyiarkan rencana yang memfokuskan usaha menentang kemerdekaan Taiwan dan Hong Kong.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China