Cari:
Presiden Xi Jinping Bertemu dengan Raja Kemboja di Beijing
2017-03-07 11:49:27 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping telah bertemu dengan raja Kemboja, Norodom Sihamoni dan ibu suri, Norodom Monineath di Beijing semalam.

Xi Jinping menegaskan bahawa China dan Kemboja perlu mengekalkan pertukaran lawatan pemimpin dan komunikasi yang erat bagi menggalakkan hubungan bilateral terus berkembang dengan lebih mendalam.

Kedua-dua pihak perlu mengintensifkan kerjasama yang saling menguntungkan dan pragmatik, memperkasakan penyelarasan strategi pembangunan, antaranya berusaha menggalakkan kerjasama dalam projek utama.

Selain itu, kedua-dua pihak juga perlu meningkatkan penyelarasan dalam urusan pelbagai hala bagi memberikan sumbangan kepada usaha memelihara kestabilan serantau dan kerjasama China-ASEAN.

Dalam pertemuan itu, raja Kemboja, Norodom Sihamoni dan bonda ratu, Norodom Monineath menyatakan bahawa keluarga diraja Kemboja akan meneruskan persahabatan dengan China yang dimeterai oleh mendiang Raja Norodom Sihanouk, selain berusaha menggalakkan perkembangan hubungan dua hala.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China