Demikian dinyatakan Arkhom Termpittayapaisit, Menteri Pengangkutan Thailand baru-baru ini.
Beliau berkata, Thailand merancang memperuntukkan 406 billion baht (kira-kira RM51.27 bilion) dalam sektor tersebut dalam tempoh 10 tahun yang akan datang.
Hal ini bertujuan untuk meningkatkan jumlah kemasukan pelancong kepada 277 juta orang daripada 130 juta orang sebelum ini di 39 lapangan terbang domestik pada setiap tahun.
Projek pembesaran dan menaik taraf lapangan terbang di seluruh Thailand dilaporkan sedang giat dilaksanakan pada ketika ini.