Cari:
Wang Yi: China Tetap Sokong Pembinaan Komuniti ASEAN
2017-03-09 13:10:53 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Hubungan antara China dengan Filipina yang kembali jernih telah menghilangkan jerebu dalam hubungan China-ASEAN.

Bersempena dengan ulang tahun ke-50 tertubuhnya ASEAN pada tahun ini, China akan menyokong Filipina melaksanakan tanggungjawab sebagai negara pengerusi bergilir bagi menggerakkan pembinaan komuniti ASEAN pada masa depan.

Menteri Luar China, Wang Yi berkata demikian dalam sidang akhbar sempena berlangsungnya Sidang Tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan China di Beijing pada 8 Mac lalu.

Wang berkata, China bersedia untuk mengintensifkan kesalinghubungan dan kerjasama kapasiti industri, menggalakkan penaiktarafan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) dilaksanakan dengan secepat mungkin, di samping mendorong rundingan berhubung perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) mencapai persepakatan dengan seawal mungkin.

Selain itu, China juga akan berusaha untuk mencapai sasaran jumlah pertukaran kakitangan dua hala mencatat 30 juta orang menjelang 2020.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China