Akhbar Lianhe Zaobao Singapura, yang memetik laporan kerja Li Keqiang sebagai berkata, walaupun masalah pembaharuan struktur China agak menonjol dan pertumbuhan ekonomi global mencapai mata paling rendah sejak 7 tahun lalu, namun pertumbuhan ekonomi China masih kekal stabil.
NationTV Thailand melaporkan bahawa pertumbuhan ekonomi China selaras dengan matlamat yang ditetapkan oleh kerajaan China, iaitu kaedah pertumbuhan ekonomi mampan perlu dari bergantung kepada pelaburan dan ekspor beralih ke bergantung kepada keperluan domestik.
Wichai Kinchong Choi, Timbalan Presiden Kanan Bank Kasikorn berpendapat, rancangan untuk menambah peruntukkan dana pembasmian kemiskinan yang dikemukakan dalam laporan kerja kali ini menunjukkan keazaman kerajaan China untuk memastikan ekonomi negara terus tumbuh dengan seimbang, sekali gus mengukuhkan keharmonian masyarakat.