Cari:
Kerjasama Pendidikan Bantu Galakkan Hubungan Malaysia-China
2017-03-10 11:49:17 CRI Cetak

Duta Besar Malaysia ke China, Dato' Zainuddin Bin Yahya menyatakan bahawa kerjasama antara universiti Malaysia dengan universiti Guangxi China akan mendorong pendidikan peringkat tinggi kedua-dua negara mewujudkan situasi menang-menang dan saling menguntungkan serta membantu memperkasakan hubungan bilateral, sekali gus melahirkan pengaruh positif kepada persahabatan China-ASEAN dan usaha untuk memajukan sistem pendidikan bersama.

Pada 6 hingga 9 Mac lalu, Dato' Zanuddin telah mengetuai delegasi ke Nanning, Baise dan Guilin Wilayah Autonomi Guangxi China untuk menjalankan aktiviti pertukaran pendidikan dan kebudayaan di sana.

Selain itu, beliau turut menyaksikan pemeteraian perjanjian kerjasama antara tujuh buah universiti Malaysia dengan universiti di Guangxi.

Seterusnya, warga pendidik di Malaysia akan menjalinkan kerjasama dengan Guangxi yang merangkumi pertukaran lawatan pelajar, guru dan akademik, di samping membina data pangkalan pendidikan.

Dalam lawatan itu, Dato' Zainuddin memuji kerajaan Guangxi yang menawarkan biasiswa kepada pelajar dari negara-negara ASEAN.

Menurut beliau, sebagai antara negara ASEAN yang paling awal menjalinkan hubungan diplomatik dengan China, Malaysia dan China mempunyai persahabatan yang kukuh, selain kerjasama kebudayaan dan pendidikan yang erat.

Malaysia mempunyai banyak sumber pendidikan peringkat tinggi yang berkualiti, oleh itu, Malaysia sentiasa mengalu-alukan lebih banyak pelajar dari Guangxi melanjutkan pelajaran di Malaysia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China