Cari:
EU, ASEAN Siap Sambungkan Semula Rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas
2017-03-11 15:18:32 CRI Cetak

Jawatankuasa Kesatuan Eropah (EU) semalam di Brussels mengumumkan bahawa pihaknya akan menyambungkan semula rundingan perjanjian perdagangan bebas dengan ASEAN.

Menurut kenyataan berkenaan yang diumumkan EU bahawa Pesuruhanjaya EU bagi Perdagangan, Cecilia Malmstrom telah mengadakan perbincangan dengan menteri ekonmi dari 10 buah negara anggota ASEAN di Manila, Filipina semalam. Kedua-dua pihak telah bersetuju untuk mendorong perdagangan regional dan global serta menyambungkan semula rundingan perjanjian perdagangan bebas dengan secepat mungkin.

Sementara itu, menurut kenyataan bersama EU-ASEAN yang diumumkan EU, kedua-dua pihak akan terus mengekalkan perbincangan untuk menentukan rangka rundingan perjanjian perdagangan bebas.

EU dan ASEAN pernah memulakan rundingan perjanjian perdagangan bebas pada 2007, yang dihentikan pada 2009 dan seterusnya berubah menjadi rundingan perjanjian perdagangan bebas bilateral yang diadakan antara EU dengan anggota ASEAN secara berasingan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China