Semalam merupakan "Pesta Gajah" di Thailand. Aktiviti diadakan di pelbagai tempat di negara itu untuk menghargai peranan penting gajah dalam sejarah dan kebudayaan Thailand.
Di kem gajah, yang amat terkenal di Ayutthaya, sayur-sayuran dan buah-buahan telah diagih-agihkan kepada 60 ekor gajah yang menyertai pesta tersebut. Pattaya juga meraikan 75 ekor gajah.
Gajah mempunyai hubungan yang erat dalam sejarah, budaya, agama dan ekonomi Thailand serta amat bermakna kepada rakyat Thailand. Pada tahun 1998, kerajaan Thailand telah menetapkan tarikh 13 Mac sebagai "Pesta Gajah" sebagai usaha untuk melindungi gajah.