Cari:
Pusat Amaran Tsunami Laut China Selatan Beroperasi Hujung Tahun
2017-03-16 13:44:17 CRI Cetak

Mesyuarat Kumpulan Kerja Laut China Selatan Pasukan Penyelarasan Antara Kerajaan bagi Sistem Amaran dan Pengurangan Tsunami Pasifik (ICG/PTWS) diadakan di Shanghai baru-baru ini.

Mesyuarat tersebut mencadangkan sidang anggota ICG/PTWS ke-27 mengesahkan pengujian operasi Pusat Amaran Tsunami Laut China Selatan pada akhir tahun ini.

ICG/PTWS merupakan pertubuhan di bawah Suruhanjaya Marin Antara Kerajaan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Para peserta telah bersetuju untuk meningkatkan perkongsian maklumat, membentuk jaringan pemantauan gempa bumi dan tsunami di kawasan Laut China Selatan, bagi menyokong pembinaan sistem amaran dan pengurangan bencana tsunami di rantau ini.

Menurut konsensus yang dicapai dalam mesyuarat itu, China akan membina platform perkongsian maklumat.

Hampir 80 peratus gempa dan tsunami berlaku di kawasan pasifik.

Dalam tempoh tiga tahun yang lalu, Jabatan Pentadbiran Laut China dan pihak-pihak berkuasa yang berkaitan telah bekerjasama dalam bidang pemantauan gempa paras laut, penyelarasan dan perbincangan antarabangsa serta penyelidikan prosedur dan teknologi amaran tsunami.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China