Rundingan Perdagangan Korporat China-Filipina anjuran Kementerian Perdagangan China dan Kementerian Perindustrian dan Perdagangan Filipina diadakan di Manali semalam.
Sebanyak 73 kontrak perdagangan yang melibatkan 21 syarikat China dan Filipina yang bernilai lebih USD1.7 bilion ditandatangani.
Kontrak tersebut merangkumi bidang pertanian, tekstil, industri kimia, perubatan, perlombongan, logistik dan lain-lain.
Syarikat China akan meningkatkan jumlah import pisang, nanas, minyak kelapa, kayu, serat kelapa, tembaga dan nikel dari Filipina.