Cari:
Li Keqiang dan Duterte Ucap Tahniah Sempena Tahun Kerjasama Pelancongan China-ASEAN
2017-03-17 15:09:04 CRI Cetak

Upacara perasmian Tahun Kerjasama Pelancongan China-ASEAN diadakan di Manila, Filipina semalam. Perdana Menteri China, Li Keqiang dan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte masing-masing mengutus perutusan tahniah sempena perasmian tersebut.

Li Keqiang menyatakan bahawa kerjasama pelancongan merupakan komponen penting dalam interaksi dan kerjasama sosiobudaya antara China dengan negara-negara ASEAN. Kerjasama tersebut membantu meningkatkan persefahaman dan persahabatan rakyat, di samping menggalakkan kerjasama pragmatik dalam pelbagai bidang.

Sempena ulang tahun ke-50 tertubuhnya ASEAN, China bersedia untuk bersama-sama dengan rakan seperjuangan dari ASEAN menjadikan sektor pelancongan sebagai pemacu baharu bagi meningkatkan hubungan kedua-dua pihak.

Ucapan Duterte menyebut, tahun lalu merupakan ulang tahun ke-25 terjalinnya hubungan rakan dialog antara ASEAN dengan China. Hubungan dan kerjasama kedua-dua pihak yang terjalin erat itu tepat pada waktunya.

Beliau mengucapkan tahniah atas pelbagai kejayaan yang diraih dalam kerjasama pelancongan antara ASEAN dengan China dan berharap agar kerjasama tersebut dapat menggalakkan toleransi, mempererat hubungan pelbagai negara di rantau ini serta mendorong kedamaian, keamanan dan pembangunan serantau.

Ucapan tahniah Li Keqiang telah disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri China, Wang Yang yang dalam rangka lawatan rasmi ke Filipina.

Menurut Wang Yang, China dan ASEAN saling menjadi destinasi pelancongan dan sumber pelancong terbesar antara satu sama lain.

Setiap minggu terdapat lebih 2700 penerbangan pergi balik antara China dengan negara-negara ASEAN.

Tahun Kerjasama Pelancongan China-ASEAN merupakan hasil penting Sidang Kemuncak China-ASEAN yang diadakan pada September lalu.

China bersedia untuk bekerjasama dengan negara-negara ASEAN bagi memudahkan pelancongan, meningkatkan promosi pelancongan, menambah pelaburan, melengkapkan mekanisme pengurusan situasi cemas, membentuk lebih banyak platform kerjasama pelancongan, menjadikan persepakatan pemimpin kedua-dua pihak sebagai hasil kerjasama yang pragmatik dan terus meningkatkan kerjasama pelancongan bilateral.

Menteri Pelancongan Filipina Wanda Teo, yang menghadiri upacara perasmian itu, telah membacakan perutusan tahniah dari Presiden Duterte.

Beliau berharap agar jabatan pelancongan kedua-dua pihak giat berusaha bagi meningkatkan kerjasama pelancongan, menambah pelaburan dan peluang kerja serta mendorong perkongsian antara ASEAN dengan China.

Lebih 1000 pegawai dan wakil dari China, Filipina dan pelbagai negara ASEAN yang lain turut menghadiri upacara perasmian itu semalam.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China