Cari:
Pameran Fotografi "Impian Angkor Wat" Dirasmikan di Beijing
2017-03-17 15:16:05 CRI Cetak

Pameran fotografi "Impian Angkor Wat" yang bakal diadakan selama 16 hari dirasmikan di Beijing semalam. Duta Besar Kemboja ke China, Khek Sisoda telah menulis pendahuluan untuk pameran tersebut dan menghadiri majlis perasmian.

Sebanyak 140 fotografi yang dipamerkan kali ini adalah hasil karya Chen Lvsheng, penolong Kurator Muzium Kebangsaan China. Beliau mengunjungi muzium dan tinggalan sejarah Kemboja pada bulan Oktober tahun lalu dan merakam lebih 6000 gambar yang menunjukkan tinggalan Angkor Wat pada zaman sekarang serta sejarah dan ciri istimewa binaan bangsa Khmer.

Duta Besar Kemboja ke China, Khek Sisoda dalam majlis perasmian berkata pameran ini amat penting bagi menggalakkan persahabatan Kemboja-China dan pertukaran kebudayaan kedua-dua negara.

Beliau berharap agar lebih ramai rakyat China akan melawat ke Kemboja untuk memahami sejarah dan pembangunan serta kepelbagaian kebudayaan negara itu, supaya mengeratkan lagi persahabatan antara kedua-dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran
Dengar Dalam Talian

• PM Li Sampaikan Laporan Kerja Kerjaan dalam NPC

• Sungai Khalkhyn
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China