Forum Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan China-Filipina yang juga Rundingan Pelaburan dan Perdagangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) China-Filipina diadakan di Manila, Filipina Sabtu lalu. Naib Perdana Menteri China, Wang Yang menghadiri majlisn perasmian dan menyampaikan ucapan yang bertajuk "menyambut masa baik kerjasama persahabatan China-Filipina".
Menurutnya, berlatarbelakangkan kemerosotan perdagangan dunia, jumlah perdagangan China-Filipina yang mewakili 15.4% dairpapada jumlah perdagangan luar Filipina, meningkat 3.4% pada tahun lalu berbanding tahun sebelumnya. China kekal rakan dagangan kedua terbesar bagi Filipina.
Lebih 500 wakil kerajaan dan kalangan perdagangan kedua-dua negara telah menyertai forum itu.