Cari:
LMC Simbol bagi Pembinaan Komuniti Berkongsi Nasib Asia
2017-03-24 15:54:39 CRI Cetak

Tarikh 23 Mac merupakan ulang tahun pertama terjalinnya Kerjasama Lancang-Mekong (LMC).

Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying, dalam sidang akhbar di Beijing semalam berkata, China amat mementingkan kerjasama Lancang-Mekong, dan mekanisme tersebut akan menjadi simbol bagi pembinaan komuniti berkongsi nasib di Asia.

Hua Chunying berkata, daripada 45 projek "tuaian awal" dan inisiatif yang telah dimuktamadkan dalam mesyuarat pemimpin pertama LMC, lebih 50 peratus telah berjaya diselesaikan atau sedang dilaksanakan.

Kepesatan dan kecekapan Lancang-Mekong amat memberangsangkan.

Tegas beliau, China berpegang teguh pada dasar diplomatik yang mesra, ikhlas dan bertoleransi, dan bersedia untuk bergabung tenaga dengan negara-negara terbabit untuk memajukan mekanisme kerjasama tersebut ke arah membina komuniti berkongsi nasib Sungai Lancang-Mekong.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China