Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Alibaba, Jack Ma semalam di Kuala Lumpur berkata, inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) bakal membantu pelbagai negara dalam melaksanakan agenda pembangunan masing-masing.
Jack Ma, dalam Forum Transformasi Global yang dianjurkan oleh kerajaan Malaysia, memberitahu media bahawa inisiatif B&R membuka peluang kepada pelbagai negara, khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Tambah beliau, globalisasi yang lebih inklusif harus digalakkan untuk menarik penyertaan lebih banyak negara membangun, PKS serta usahawan muda.
Sehari sebelumnya, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama-sama Jack Ma melancarkan zon perdagangan bebas digital (DFTZ) di Kuala Lumpur.
Jack Ma dalam ucapannya menyifatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang cekap dan sangat mesra perniagaan untuk menjalin kerjasama ekonomi digital.