Cari:
Sarjana Filipina: DoC Perlu Dilaksanakan secara Menyeluruh
2017-03-25 14:15:26 CRI Cetak

Kenyataan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mengenai isu Laut China Selatan mendapat pujian daripada sarjana negara itu.

Dalam pertemuan antara Duterte dengan Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha di Bangkok pada 21 Mac lalu, kedua-dua pemimpin telah menegaskan peri pentingnya Deklarasi Tatalaku Pihak-pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DoC) dilaksanakan secara menyeluruh dan berkesan, di samping komited untuk mendorong rangka kerja Kod Tatalaku di Laut China Selatan (CoC) diselesaikan pada tahun ini.

Sehubungan dengan itu, pakar politik dari Universiti Ateneo de Manila, Profesor Ben Lim berkata, DoC mampu mengurangkan risiko berlakunya konflik di Laut China Selatan. Deklarasi itu perlu dipatuhi oleh semua pihak.

Pengarah Eksekutif Institut Pembaharuan Politik dan Pilihan Raya Filipina, Ramon Casiple pula berkata, China dan ASEAN diharap mempercepat penggubalan CoC bagi memelihara kedamaian dan kestabilan serantau.

Tambah beliau, kini hubungan Filipina-China telah kembali jernih, manakala kerjasama ekonomi dan perdagangan dua hala berkembang dengan pesat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China