Cari:
Filipina Mahu Eratkan Lagi Hubungan dengan China
2017-03-27 15:05:41 CRI Cetak

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte menegaskan kesediaan negaranya untuk mengeratkan lagi hubungan dengan China.

Menurut laporan akhbar Business World Filipina, Presiden Duterte, ketika berucap pada majlis sambutan Pesta Kaamulan di bandar Malaybalay, Bukidnon semalam, menyatakan bahawa beliau berharap Filipina dapat menjadi sahabat karib China.

Tambah beliau, "China adalah jiranku. Saya hanya hendak bersahabat dan berdagang dengan China agar rakyat Filipina lebih bahagia dan negara dapat berkembang maju".

China telah banyak memberikan sumbangan kepada pembangunan Filipina.

Menurut laporan berkenaan, Duterte meminta China membantu Filipina untuk membangunkan sektor pertanian, antaranya termasuk mengimport lebih banyak hasil pertanian negara itu, seperti nanas dan pisang.

Duta Besar China ke Filipina, Zhao Jianhua telah menghadiri sambutan majlis tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China