Penerbangan dari Haikou ke Chiang Rai juga akan beroperasi pada 31 Mac ini.
Kedua-dua laluan penerbangan tersebut merupakan penerbangan pertama dari Hainan ke bahagian utara Thailand.
Penerbangan dari Haikou ke Chiang Mai yang beroperasi seminggu sekali, iaitu pada setiap hari Isnin itu bertolak dari Haikou pada pukul 7.45 pagi dan dijangka tiba di Chiang Mai pada pukul 9.50 pagi.
Penerbangan dari Haikou ke Chiang Rai juga beroperasi seminggu sekali, iaitu pada setiap hari Jumaat.
Pembukaan laluan tersebut difahamkan akan menyediakan lebih banyak kemudahan dan pilihan kepada para pengunjung dari Hainan dan wilayah lain, sekali gus merancakkan pembangunan industri pelancongan Hainan serta pertukaran dan kerjasama ekonomi dan perdagangan antara Hainan dengan Thailand.